Wednesday 16 April 2014

Vitamin C

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku rasa nak berblog semula setelah 2 tahun aku meninggalkan dunia blog... hehe... 2 tahun? hurm... rasa macam lama kan? Tapi tak lama pun... Cepat sangat masa berjalan... Rasa macam 2 minit je (metafora melampau).


Jadi, untuk post aku yang pertama ni, aku nak bercerita pasal makanan tambahan atau lebih famous dengan nama supplement. Supplement ni ada macam-macam dan fungsi dia pun berlainan. Keperluan badan kita pun tak sama. Jadi, ingat jangan amik supplement sebarangan! Supplement yang aku nak share dengan korang hari ni ialah askorbik asid atau bahasa mudah, Vitamin C. Cliche tak bila dengar nama Vitamin C? Macam dah tak ada supplement extravaganza lain yang aku nak share kan? Hahahaha... 

Vitamin C ni selalunya terkenal di kalangan wanita yang nak jaga kulit bagi licin, halus dan mulus. Vitamin C ni menjadi pilihan orang ramai sebab ia adalah sejenis antioksida yang KUAT dan MURAH! Yup, betul, KUAT dan MURAH!!!

Contoh-contoh antioksida yang lain seperti Vitamin E, Spirulina, Glutathione (Gluthathione ni la yang terdapat dalam produk AuraWhite yang tengah meletup-letup kat pasaran sekarang ni) dan lain-lain. Berbanding dengan antioksida-antioksida lain, Vitamin C lah yang paling murah dan senang nak dapat. Mana-mana farmasi mesti ada jual. 

Apa itu Antioksida?

Di dalam sel-sel badan kita, akan berlaku proses yang dikenali sebagai proses pengoksidaan. Proses ni berlaku secara semulajadi dan akan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini secara kimianya adalah sangat tidak stabil dan ia akan cuba menstabilkan dirinya dengan mengganggu sel-sel jiran yang sihat. Tindakan berantai akan berlaku dan satu demi satu sel sihat akan termusnah. Antioksida berfungsi untuk menghentikan tindakan berantai ini daripada berterusan dan seterusnya menghalang sel-sel jiran yang sihat daripada termusnah.

Dalam erti kata yang lain, pernah tak korang alami di mana baju atau stoking atau sapu tangan korang terkeluar benang? Bila seurat benang keluar, lama-lama benang-benang sebelah menyebelah pon akan terkeluar satu persatu kan? Inilah contoh tindakan berantai. Dan antioksida akan membantu menghentikan tindakan berantai ini.

Apa bagusnya Vitamin C?

1. Kulit sihat dan cantik. 
Dah nama pun antioksida, jadi memang tak hairan lah kalau Vitamin C ni boleh membantu kulit jadi sihat. Kalau ada parut ke kat muka, Vitamin C boleh membantu mengurangkan kesan-kesan tersebut. Tetapi, janganlah mengharap mendapatkan kulit muka secantik Fazura atau Erra Fazira dengan hanya makan Vitamin C! Haha...

2. Membantu sindrom demam biasa. 
Aku tak pasti benda ni betul ataupun tidak sebab aku masih demam walaupun mengamalkan Vitamin C hari-hari. Tapi mungkin badan aku tak sama dengan orang lain kan? Hehe... Jadi, korang kena cuba dan rasai sendiri keberkesanan Vitamin C. 

3. Membantu penyembuhan luka. 
Ini merupakan kelebihan utama Vitamin C. Memang terbukti, Vitamin C adalah supplement terbaik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka termasuklah luka akibat pembedahan. Vitamin C terlibat secara langsung dalam proses pembekuan darah.

4. Membantu mengawal paras gula untuk pesakit diabetes.
Selain membantu mengawal paras gula untuk pesakit diabetes, Vitamin C juga mampu untuk mengurangkan komplikasi daripada penyakit diabetes. Seperti yang kita tahu, pesakit diebetes ni susah nak sembuh luka. Kalau dibiarkan, akan melarat luka tersebut. Vitamin C sedikit sebanyak mampu membantu proses penyembuhan luka bagi pesakit diabetes.

5. Menghalang penyakit katarak mata.
Katarak ialah sejenis penyakit di mana lensa mata berkabut. Lama-kelamaan, boleh menyebabkan buta. Mata kita memerlukan Vitamin C (antioksida) dalam jumlah yang tinggi untuk melawan radikal-radikal bebas yang terbentuk di mata kita akibat daripada sinaran matahari.

Selain daripada 5 kelebihan di atas, Vitamin C ada banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain. Anda semua boleh Google sendiri ye. Hehe.

Kenapa perlu ambil supplement Vitamin C?

Vitamin C ialah Vitamin larut air. Ia tidak akan kekal lama di dalam badan kita dan akan disingkarkan bersama air kencing. Jadi, pengambilan Vitamin C melalui supplement mahupun makanan harian adalah penting.

Okla, sampai sini saja post aku kali ini. Ada banyak lagi supplement lain yang aku nak kongsi dengan korang. In Sha Allah, aku akan kongsikan di post-post yang akan datang. 

Till then, look good, feel good and be good. Assalamualaikum.